Uji Keaslian Madu Guna Semut?
Madu dan Semut
Ramai yang menyatakan bahawa sekiranya madu didatangi oleh semut maka ia adalah palsu. Adakah ia benar? Adakah ia boleh menjadi suatu bahan ukuran untuk memastikan samada madu itu benar atau palsu? Sama-sama kita kucap isu ini.
Sememangnya kita semua inginkan madu yang asli kerana khasiat madu hanya boleh didapati dari yang asli akan tetapi hakikat di pasaran di luar sana yang dipenuhi oleh madu-madu palsu yang membuat seseorang itu khuatir dan sangsi setiap kali hendak membeli madu, lantas kita percaya sahaja apa kata orang tentang cara kenalpasti keaslian madu. Tambahan pula peniaga-peniaga yang tidak jujur pula sangat arif menjual madunya sehingga sesiapa sahaja yang mendengar penerangannya akan pasti beli dan akhirnya pengguna terus ditipu dan ditipu lagi.
Di sini kami ingin dedahkan bahawa ada beberapa cara untuk mengenalpasti keaslian sesuatu madu. Berbalik kepada isu madu dan semut tadi, kita semua harus sedar bahawa madu adalah makanan semulajadi dari Allah SWT kepada kita semua termasuk binatang-binatang yang lain. Semut juga adalah hamba Allah SWT yang mempunyai fitrah yang sama terhadap makanan. Oleh itu sudah pasti semut akan makan madu jika ia menghidunya.
Cara yang tepat dan mudah untuk menguji madu adalah dengan menggunakan teknik memasukkan madu di dalam air. Madu yang asli tidak akan cair serta merta di dalam air. Ia mengambil masa untuk cair di dalam air untuk madu tempatan manakala madu dari tanah arab seolah-olah tidak cair di dalam air. Ada pelbagai lagi caranya untuk menguji madu dan anda boleh melihat video di You-Tube berkenaan teknik-teknik ini. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment